Author Topic: Kesalahan/Permasalahan ayat Lukas 3:33 dalam bible kristian  (Read 3956 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline mdzamri.mdzin

  • FIK - Newbie
  • *
  • Posts: 49
  • Reputation Power:
Re: Kesalahan/Permasalahan ayat Lukas 3:33 dalam bible kristian
« Reply #15 on: May 12, 2014, 10:14:04 PM »
Saya sudah pernah jelaskan ke Erusi di berbagai forum lainnya mengenai ptanyaan ini, bahwa Admin adalah varian pendek dari Aminadab.
Nama 'Admin' muncul hanya di naskah Wescott-Hort dan tidak muncul di naskah Textus Receptus.
Nama 'Admin' muncul karena penyalin menyingkat nama 'Aminadab'.

Di sisi lain, LAI memasukkan kedua nama yaitu Aminadab dan Admin dalam silsilah yg sama sbg upaya utk mkombinasikan WH dan TR.
Namun bgitu, para pembaca Alkitab yg mmahami ini tidak akan mpersoalkannya karena kami mengerti bhw Admin dan Aminadab adalah seorang yg sama.

Djelaskan spt itupun Erusi (dan id lainnya) terus mpertanyakan ssuatu yg bagi Kristen tidak signifikan gugatannya thd keabsahan Alkitab.a

Sila rujuk posting saya sebelum ini. Nama Admin muncul dalam naskah  Wescott_Hort, juga dalam naskah Alexanderia dan juga naskah Sinaiticus. Rujuk kembali di bawah yang saya copy dan paste kan dari posting saya terdahulu.

Quote
Stephens 1550 Textus Receptus   
tou aminadab tou aram tou esrwm tou fareV tou iouda

Scrivener 1894 Textus Receptus
tou aminadab tou aram tou esrwm tou fareV tou iouda

Byzantine Majority
tou aminadab tou aram tou esrwm tou fareV tou iouda


Alexandrian
tou aminadab tou admin tou arni tou esrwm tou fareV tou iouda


Hort and Westcott
tou admin tou arni tou esrwm tou fareV tou iouda

Quote

του    αδαμ
του    αδμιν     
του    αρνει
του    εϲρωμ
του    φαρεϲ
του    ϊουδα


' αδμιν' itu bermaksud admin.

Jika kamu rujuk link untuk melihat codex Sinaiticus yang saya telah berikan dalam posting tersebut, kamu dapat lihat 'αδαμ' itu adalah bermaksud Aminadab. Sebab itu dalam link yang sama kamu akan melihat terjemahan english bagi codex Sinaitus itu seperti di bawah,

'son of Aminadab, son of Admin, son of Ami, son of Hezron, son of Pharez, son of Judah,'

Jika kamu lihat dalam naskah Alexandria dan Sinaiticus, Admin itu tidak digambarkan sebagai singkatan bagi Aminadab. Lihat pula Wescott-Hott di link berikut iaitu http://biblehub.com/multi/luke/3-33.htm ianya akan memperlihatkan versi Wescott-Hott yang lebih kompleks seperti di bawah,

Westcott and Hort / [NA27 variants]
τοῦ Ἀδμείν / Ἀμιναδὰβ τοῦ Ἀρνεί / Ἀδμὶν [τοῦ Ἀρνὶ] τοῦ Ἑσρών / Ἑσρὼμ τοῦ Φαρές τοῦ Ἰούδα

Wescott-Hott itu sendiri nampak keliru apakah Admin itu sebagai Aminadab ataupun Arni. Justeru jika kamu mengatakan Admin sebagai singkatan kepada Aminadab, maka ia tidak menjawab persoalan kepada permasalahan ini kerana pendapat kamu itu tidak disokong oleh sesetengah manuskript. Justeru apakah kamu hanya akan mengabaikan manuskript yang tidak menyokong dakwaan kamu itu?? Apakah kamu hanya menutup mata kepada manuskript tersebut?? Tindakan itu tidak menyelesaikan permasalahan ini.

LAI pula memasukkan nama Admin dan Aminadab dalam terjemahan mereka kerana sememangnya terdapat manuskript yang mencatatkan sedemikian.

Semuanya ini adalah lebih kepada untuk melihat apakah kamu dan kelompok kristian itu beriman berdasarkan sesuatu pegangan yang disandarkan kepada satu hujah yang kuat yang tidak dapat dinafikan oleh kelompok di luar kristian, atau apakah kamu dan kelompok kristian hanya beriman berdasarkan suatu pegangan yang mudah untuk dinafikan oleh kelompok non-kristian.

Offline St Yopi

  • Non Nobis Domine, Non Nobis, Sed Nomini Tuo Da Gloriam
  • FIK council
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 797
  • Reputation Power:
  • St Yopi
    • styopi.blogspot.com
Re: Kesalahan/Permasalahan ayat Lukas 3:33 dalam bible kristian
« Reply #16 on: May 13, 2014, 09:18:17 AM »
Sila rujuk posting saya sebelum ini. Nama Admin muncul dalam naskah  Wescott_Hort, juga dalam naskah Alexanderia dan juga naskah Sinaiticus. Rujuk kembali di bawah yang saya copy dan paste kan dari posting saya terdahulu.
Jika kamu rujuk link untuk melihat codex Sinaiticus yang saya telah berikan dalam posting tersebut, kamu dapat lihat 'αδαμ' itu adalah bermaksud Aminadab. Sebab itu dalam link yang sama kamu akan melihat terjemahan english bagi codex Sinaitus itu seperti di bawah,
'son of Aminadab, son of Admin, son of Ami, son of Hezron, son of Pharez, son of Judah,'
Jika kamu lihat dalam naskah Alexandria dan Sinaiticus, Admin itu tidak digambarkan sebagai singkatan bagi Aminadab. Lihat pula Wescott-Hott di link berikut iaitu http://biblehub.com/multi/luke/3-33.htm ianya akan memperlihatkan versi Wescott-Hott yang lebih kompleks seperti di bawah,
Westcott and Hort / [NA27 variants]
τοῦ Ἀδμείν / Ἀμιναδὰβ τοῦ Ἀρνεί / Ἀδμὶν [τοῦ Ἀρνὶ] τοῦ Ἑσρών / Ἑσρὼμ τοῦ Φαρές τοῦ Ἰούδα
Wescott-Hott itu sendiri nampak keliru apakah Admin itu sebagai Aminadab ataupun Arni. Justeru jika kamu mengatakan Admin sebagai singkatan kepada Aminadab, maka ia tidak menjawab persoalan kepada permasalahan ini kerana pendapat kamu itu tidak disokong oleh sesetengah manuskript. Justeru apakah kamu hanya akan mengabaikan manuskript yang tidak menyokong dakwaan kamu itu?? Apakah kamu hanya menutup mata kepada manuskript tersebut?? Tindakan itu tidak menyelesaikan permasalahan ini.
LAI pula memasukkan nama Admin dan Aminadab dalam terjemahan mereka kerana sememangnya terdapat manuskript yang mencatatkan sedemikian.
Semuanya ini adalah lebih kepada untuk melihat apakah kamu dan kelompok kristian itu beriman berdasarkan sesuatu pegangan yang disandarkan kepada satu hujah yang kuat yang tidak dapat dinafikan oleh kelompok di luar kristian, atau apakah kamu dan kelompok kristian hanya beriman berdasarkan suatu pegangan yang mudah untuk dinafikan oleh kelompok non-kristian.
Naskah yang asli adalah Codex Vaticanus milik Katolik Roma.

Yang lain hanya salinan.

Dalam naskah asli tersebut, tidak ada nama admin.

Salam
Inter Esse Et Non Esse

Cogito Ergo Sum

Tuus Totus Ego Sum, Et Omnia Mea Tua Sunt

Extra Ecclesiam Nulla Salus

In Hoc Signo Vinces

With love,

your Yopi

Offline hanhalim2

  • Super Hero
  • ******
  • Posts: 4084
  • Reputation Power:
  • Denominasi: R.katholik
Re: Kesalahan/Permasalahan ayat Lukas 3:33 dalam bible kristian
« Reply #17 on: May 13, 2014, 12:20:17 PM »
Kesalahan dalam silsilah Jesus yang dicatatkan oleh dua orang penulis bible iaitu Matius dan Lukas. Ambil silsilah yang bermula daripada Abraham.

anak Isai, anak Obed, anak Boas, anak Salmon, anak Nahason, (Lukas 3:32)

anak Aminadab, anak Admin, anak Arni, anak Hezron, anak Peres, anak Yehuda, (Lukas 3:33)

anak Yakub, anak Ishak, anak Abraham (Lukas 3:34)

Maka menurut Lukas adalah

1. Abraham
2. Ishak
3. Yakub
4. Yehuda
5. Peres
6. Hezron
7. Arni
8. Admin
9. Aminabad
10. Nahason

Menurut Matius pula adalah

Abraham memperanakkan Ishak, Ishak memperanakkan Yakub, Yakub memperanakkan Yehuda dan saudara-saudaranya, (Matius 1:2)

Yehuda memperanakkan Peres dan Zerah dari Tamar, Peres memperanakkan Hezron, Hezron memperanakkan Ram,(Matius 1:3)

Ram memperanakkan Aminadab, Aminadab memperanakkan Nahason, Nahason memperanakkan Salmon, (Matius 1:4)

1. Abraham
2. Ishak
3. Yakub
4. Yehuda
5. Peres
6. Hezron
7. Ram
8. Aminabad
9. Nahason
10. Salmon

Lihat antara Hezron dengan Aminabad. Lukas menceritakan terdapatnya dua generasi antaranya iaitu Arni dan Admin. Matius pula menceritakan antaranya hanya terdapat satu generasi iaitu Ram. Ini merupakan kesalahan yang fatal kerana jika Matius menceritakan bilangan generasi yang sama dengan bilangan generasi dalam Lukas, walaupun namanya adalah berlainan, maka bolehlah dibuat andaian bahawa ianya tetap orang yang sama. Tetapi bilangan generasi yang berlainan ini menceritakan bahawa sememangnya ia adalah orang yang berlainan.

Ini menyebabkan jika menurut Lukas, Aminabad adalah generasi ke 9, Nahason adalah generasi ke 10 dan Salmon adalah generasi ke 11.
Manakala jika menurut Matius, Aminabad adalah generasi ke 8, Nahason adalah generasi ke 9 dan Salmon adalah generasi ke 10. Justeru maklumat mana satu yang benar? Maklumat kewujudan Admin atau maklumat ketiadaan Admin?

Dipersilakan memberikan komentar berhubung permasalahan ayat dalam bible kristian ini. Mungkin ada yang ibgin membawa masuk konsep 'memperanakkan' dalam budaya orang yahudi itu? Maka dipersilakan.

Mengenai adanya perbedaan yang di matius danlukas ,bagi kaum kristen tidaklah merupakan masalah karena keduanya hanya ingin menjelaskan bahwa kristus adalah keturunan Daud seperti yang telah di nubuatkan oleh nabi terdahulu

Tuhan Yesus memberkati


Han
Bukan semua nas/ayat  yang tertulis dalam Alkitab adalah Firman Allah dan juga Tidak seluruh Firman Allah tertulis lengkap dalam Alkitab.

( mudah mudahan dimengerti penjelasannya )

Offline salt

  • Super Hero
  • ******
  • Posts: 2507
  • Reputation Power:
  • Denominasi: **
Re: Kesalahan/Permasalahan ayat Lukas 3:33 dalam bible kristian
« Reply #18 on: May 13, 2014, 01:12:34 PM »
 1Tim 1:4    ataupun sibuk dengan dongeng dan silsilah yang tiada putus-putusnya, yang hanya menghasilkan persoalan belaka, dan bukan tertib hidup keselamatan yang diberikan Allah dalam iman.

 1Tim 1:6    Tetapi ada orang yang tidak sampai pada tujuan itu dan yang sesat dalam omongan yang sia-sia.


Offline CosmicBoy94

  • Moderator
  • FIK - Senior
  • *****
  • Posts: 305
  • Reputation Power:
  • Denominasi: Protestan Injili/Evangelikal
Re: Kesalahan/Permasalahan ayat Lukas 3:33 dalam bible kristian
« Reply #19 on: May 13, 2014, 06:21:17 PM »
Saya menerima apa yang dipendapatkan oleh St Yopi berkenaan dengan Arni adalah nama lain bagi Ram. Dan untuk pengetahuan kamu, bukan yang berbeza antara Arni dan Ram yang saya persoalkan dalam permasalahan ayat Lukas 3:33 dan Matius 1:4 ini. Yang saya persoalkan adalah berkenaan kewujudan atau ketidakwujudan Admin di antara generasi Arni (atau Ram) dengan Aminadab.

Saya juga menerima pendapat St Yopi bahawa Admin tiada dalam bible versi Katolik. Itu juga bukan yang saya persoalkan. Yang saya persoalkan adalah versi mana yang benar. Beliau mempercayai versi Katolik. Justeru bagaimana beliau dapat mengetahui secara pasti dan mutlak bahawa ketiadaan Admin dalam bible versi Katolik itu sebagai catatan yang menyamai autographnya?

Jadi menurut kamu versi mana yang benar?

Salam.

Offline CosmicBoy94

  • Moderator
  • FIK - Senior
  • *****
  • Posts: 305
  • Reputation Power:
  • Denominasi: Protestan Injili/Evangelikal
Re: Kesalahan/Permasalahan ayat Lukas 3:33 dalam bible kristian
« Reply #20 on: May 13, 2014, 06:24:52 PM »
1Tim 1:4    ataupun sibuk dengan dongeng dan silsilah yang tiada putus-putusnya, yang hanya menghasilkan persoalan belaka, dan bukan tertib hidup keselamatan yang diberikan Allah dalam iman.

 1Tim 1:6    Tetapi ada orang yang tidak sampai pada tujuan itu dan yang sesat dalam omongan yang sia-sia.

Bagi saya kutipan bro ngga ada hubungan dengan silsilah Mat dan Lukas.

Pertanyaan mdzamri harus dijawab dengan jujur dan to the point.

Salam.

Offline salt

  • Super Hero
  • ******
  • Posts: 2507
  • Reputation Power:
  • Denominasi: **
Re: Kesalahan/Permasalahan ayat Lukas 3:33 dalam bible kristian
« Reply #21 on: May 13, 2014, 07:29:48 PM »
Bagi saya kutipan bro ngga ada hubungan dengan silsilah Mat dan Lukas.

Pertanyaan mdzamri harus dijawab dengan jujur dan to the point.

Salam.

Memang tidak sedang mereply zamri, tetapi sekedar celetukan.

Salam

Offline mdzamri.mdzin

  • FIK - Newbie
  • *
  • Posts: 49
  • Reputation Power:
Re: Kesalahan/Permasalahan ayat Lukas 3:33 dalam bible kristian
« Reply #22 on: May 14, 2014, 07:09:31 AM »
Naskah yang asli adalah Codex Vaticanus milik Katolik Roma.

Yang lain hanya salinan.

Dalam naskah asli tersebut, tidak ada nama admin.

Salam

Codex Vaticanus itu juga salinan seperti juga codex-codex yang lain. Naskah aslinya adalah autograph. Apakah kamu mahu menafikan fakta bahawa codex vaticanus itu adalah salinan yang ditulis antara tahun 345 dan 350 Masehi?

Mengenai adanya perbedaan yang di matius danlukas ,bagi kaum kristen tidaklah merupakan masalah karena keduanya hanya ingin menjelaskan bahwa kristus adalah keturunan Daud seperti yang telah di nubuatkan oleh nabi terdahulu

Tuhan Yesus memberkati


Han

Sememangnya kaum kristian tidak akan mengaku itu sebagai suatu permasalahan, namun dengan melihat komentar daripada kaum kristian sendiri, maka dapat dilihat perbezaan antara Matius 1:4 dan Lukas 3:33 tidak ada jawapan yang memberikan penyelesaian nya secara pasti dan mutlak. Justeru isu perbezaan ini akan terus menjadi bebanan kepada kelompok kristian dan permasalahan bagi mereka. Cumanya mereka tidak mahu mengakui hakikat tersebut.
Sememangnya bible kristian mengambarkan Jesus daripada keturunan Daud. Dan kelompok kristian mengatakan bible mereka sebagai kitab yang benar.  Justeru apakah kamu hanya mengabaikan kepalsuan atau kesalahan sesuatu ayat di dalan bible itu demi untuk mengatakan kitab kamu itu sebagai kitab yang benar? Bagaimana kamu mengatakan kitab kamu itu sebagai kitab yang benar jika kamu sendiri tidak dapat menafikan adanya sesuatu ayat yang salah di dalamnya? Apakah bible mengambarkan Jesus daripada keturunan Daud melalui catatan silsilah yang salah?

Jadi menurut kamu versi mana yang benar?

Salam.

Saya beriman dengan Al-Quran, bukannya bible kamu itu. Justeru saya tidak perlu tahu versi mana daripafa ayat bible kamu itu yang menyamai autographnya. Yang perlu tahu hal tersebut adalah kamu dan kaum kristian. Supaya kelak kamu tidak memilih versi yang tidak menyamai autographnya.

Offline CosmicBoy94

  • Moderator
  • FIK - Senior
  • *****
  • Posts: 305
  • Reputation Power:
  • Denominasi: Protestan Injili/Evangelikal
Re: Kesalahan/Permasalahan ayat Lukas 3:33 dalam bible kristian
« Reply #23 on: May 14, 2014, 08:32:45 PM »

Saya beriman dengan Al-Quran, bukannya bible kamu itu. Justeru saya tidak perlu tahu versi mana daripafa ayat bible kamu itu yang menyamai autographnya. Yang perlu tahu hal tersebut adalah kamu dan kaum kristian. Supaya kelak kamu tidak memilih versi yang tidak menyamai autographnya.

Versi mana yang menyamai autographnya dan versi mana yang tidak?

Offline St Yopi

  • Non Nobis Domine, Non Nobis, Sed Nomini Tuo Da Gloriam
  • FIK council
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 797
  • Reputation Power:
  • St Yopi
    • styopi.blogspot.com
Re: Kesalahan/Permasalahan ayat Lukas 3:33 dalam bible kristian
« Reply #24 on: May 14, 2014, 09:40:04 PM »
Codex Vaticanus itu juga salinan seperti juga codex-codex yang lain. Naskah aslinya adalah autograph. Apakah kamu mahu menafikan fakta bahawa codex vaticanus itu adalah salinan yang ditulis antara tahun 345 dan 350 Masehi?
Septuaginta pada Codex Vaticanus ditulis pada tahun 300 SM.

Septuaginta tersebut (CV), dipakai oleh Tuhan Yesus dan para Rasul, jadi kebenarannya mutlak.
Quote
Sememangnya kaum kristian tidak akan mengaku itu sebagai suatu permasalahan, namun dengan melihat komentar daripada kaum kristian sendiri, maka dapat dilihat perbezaan antara Matius 1:4 dan Lukas 3:33 tidak ada jawapan yang memberikan penyelesaian nya secara pasti dan mutlak. Justeru isu perbezaan ini akan terus menjadi bebanan kepada kelompok kristian dan permasalahan bagi mereka. Cumanya mereka tidak mahu mengakui hakikat tersebut.
Sememangnya bible kristian mengambarkan Jesus daripada keturunan Daud. Dan kelompok kristian mengatakan bible mereka sebagai kitab yang benar.  Justeru apakah kamu hanya mengabaikan kepalsuan atau kesalahan sesuatu ayat di dalan bible itu demi untuk mengatakan kitab kamu itu sebagai kitab yang benar? Bagaimana kamu mengatakan kitab kamu itu sebagai kitab yang benar jika kamu sendiri tidak dapat menafikan adanya sesuatu ayat yang salah di dalamnya? Apakah bible mengambarkan Jesus daripada keturunan Daud melalui catatan silsilah yang salah?
Sudah dibilang berkali-kali, perbandingan Katolik vs protestan adalah Sunni/Syiah vs achmadiyah.
Quote
Saya beriman dengan Al-Quran, bukannya bible kamu itu. Justeru saya tidak perlu tahu versi mana daripafa ayat bible kamu itu yang menyamai autographnya. Yang perlu tahu hal tersebut adalah kamu dan kaum kristian. Supaya kelak kamu tidak memilih versi yang tidak menyamai autographnya.
Alquran menjiplak Alkitab palsu, milik ebyon dan nestorian.

Salam
Inter Esse Et Non Esse

Cogito Ergo Sum

Tuus Totus Ego Sum, Et Omnia Mea Tua Sunt

Extra Ecclesiam Nulla Salus

In Hoc Signo Vinces

With love,

your Yopi

Offline mdzamri.mdzin

  • FIK - Newbie
  • *
  • Posts: 49
  • Reputation Power:
Re: Kesalahan/Permasalahan ayat Lukas 3:33 dalam bible kristian
« Reply #25 on: May 15, 2014, 10:05:14 AM »
Versi mana yang menyamai autographnya dan versi mana yang tidak?

Soalan itu perlu ditanyakan kepada kelompok kristian. Saya sendiripun mempertanyakan soalan yang sama itu kepada kelompok kristian.

Offline mdzamri.mdzin

  • FIK - Newbie
  • *
  • Posts: 49
  • Reputation Power:
Re: Kesalahan/Permasalahan ayat Lukas 3:33 dalam bible kristian
« Reply #26 on: May 15, 2014, 10:34:15 AM »
Septuaginta pada Codex Vaticanus ditulis pada tahun 300 SM.

Septuaginta tersebut (CV), dipakai oleh Tuhan Yesus dan para Rasul, jadi kebenarannya mutlak.


Justeru yang dipakai oleh Jesus dan para rasul itu adalah Septuaginta, bukannya Codex Vaticanus kerana yang ada pada naskah tersebut pada masa itu adalah hanya Septuaginta. Seterusnya apabila digabungkan dengan PB maka barulah menjadi naskah yang diberi nama Codex Vaticanus.
Makanya naskah yang mengabungkan Septuaginta dengan PB itu hanya wujud selepas PB dituliskan iaitu selepas masehi.



Sudah dibilang berkali-kali, perbandingan Katolik vs protestan adalah Sunni/Syiah vs achmadiyah.


Saya tidak mempersoalkan perbezaan Katolik dan Protestan. Yang saya persoalkan adalah perbezaan antara Matius 1:4 dan Lukas 3:33 dan dalam masa yang sama saya mempersoalkan Lukas 3:33 yang terdapat dalam pelbagai versi jika dilihat dalam beberapa manuskript bible kristian. Baca dan fahami semula apa yang saya persoalkan dalam quoting di bawah.

Quote
     Sememangnya kaum kristian tidak akan mengaku itu sebagai suatu permasalahan, namun dengan melihat komentar daripada kaum kristian sendiri, maka dapat dilihat perbezaan antara Matius 1:4 dan Lukas 3:33 tidak ada jawapan yang memberikan penyelesaian nya secara pasti dan mutlak. Justeru isu perbezaan ini akan terus menjadi bebanan kepada kelompok kristian dan permasalahan bagi mereka. Cumanya mereka tidak mahu mengakui hakikat tersebut.
Sememangnya bible kristian mengambarkan Jesus daripada keturunan Daud. Dan kelompok kristian mengatakan bible mereka sebagai kitab yang benar.  Justeru apakah kamu hanya mengabaikan kepalsuan atau kesalahan sesuatu ayat di dalan bible itu demi untuk mengatakan kitab kamu itu sebagai kitab yang benar? Bagaimana kamu mengatakan kitab kamu itu sebagai kitab yang benar jika kamu sendiri tidak dapat menafikan adanya sesuatu ayat yang salah di dalamnya? Apakah bible mengambarkan Jesus daripada keturunan Daud melalui catatan silsilah yang salah?

 




Alquran menjiplak Alkitab palsu, milik ebyon dan nestorian.

Salam

Tiada bukti yang mampu kamu kemukakan untuk menyatakan Al-Quran menjiplak kitab lain. Justeru kamu hanya mampu mengemukakan dakwaan kosong.

Offline St Yopi

  • Non Nobis Domine, Non Nobis, Sed Nomini Tuo Da Gloriam
  • FIK council
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 797
  • Reputation Power:
  • St Yopi
    • styopi.blogspot.com
Re: Kesalahan/Permasalahan ayat Lukas 3:33 dalam bible kristian
« Reply #27 on: May 15, 2014, 01:27:38 PM »
Justeru yang dipakai oleh Jesus dan para rasul itu adalah Septuaginta, bukannya Codex Vaticanus kerana yang ada pada naskah tersebut pada masa itu adalah hanya Septuaginta. Seterusnya apabila digabungkan dengan PB maka barulah menjadi naskah yang diberi nama Codex Vaticanus.
Makanya naskah yang mengabungkan Septuaginta dengan PB itu hanya wujud selepas PB dituliskan iaitu selepas masehi.
Bodoh!

Septuaginta itu naskahnya disebut Codex Vaticanus!
Quote
Saya tidak mempersoalkan perbezaan Katolik dan Protestan. Yang saya persoalkan adalah perbezaan antara Matius 1:4 dan Lukas 3:33 dan dalam masa yang sama saya mempersoalkan Lukas 3:33 yang terdapat dalam pelbagai versi jika dilihat dalam beberapa manuskript bible kristian. Baca dan fahami semula apa yang saya persoalkan dalam quoting di bawah.
Bodoh!

Di Alkitabnya Katolik tidak ada perbedaan.
Quote
Tiada bukti yang mampu kamu kemukakan untuk menyatakan Al-Quran menjiplak kitab lain. Justeru kamu hanya mampu mengemukakan dakwaan kosong.
1. Alquran itu palsu dan dongeng, karena dijiplak dari alkitabnya Kristen sesat, yaitu ebyon dan nestorian.

Pembuktian paling gampang dan sederhana adalah klaim bahwa Musa memakai nama "Allah".

Ini saja sudah membuktikan kesalahan si Muhammad dan Alquran.

2. Septuaginta Codex Vaticanus adalah terlengkap dan tertua.

http://en.m.wikipedia.org/wiki/Septuagint

History

The date of the 3rd century BCE, given in the legend, is confirmed (for the Torah translation) by a number of factors, including the Greek being representative of early Koine, citations beginning as early as the 2nd century BCE, and early manuscripts datable to the 2nd century.

Septuaginta tersebut termuat dalam Codex Vaticanus pada tahun 300 SM.

3. Kekristenan paling awal adalah Katolik, setelah itu pada abad ke 15 mulailah muncul aliran protestan.

Case closed!

Salam
Inter Esse Et Non Esse

Cogito Ergo Sum

Tuus Totus Ego Sum, Et Omnia Mea Tua Sunt

Extra Ecclesiam Nulla Salus

In Hoc Signo Vinces

With love,

your Yopi

Offline CosmicBoy94

  • Moderator
  • FIK - Senior
  • *****
  • Posts: 305
  • Reputation Power:
  • Denominasi: Protestan Injili/Evangelikal
Re: Kesalahan/Permasalahan ayat Lukas 3:33 dalam bible kristian
« Reply #28 on: May 15, 2014, 02:59:15 PM »
Soalan itu perlu ditanyakan kepada kelompok kristian. Saya sendiripun mempertanyakan soalan yang sama itu kepada kelompok kristian.

Jadi kamu sendiri tidak tahu?

Offline mdzamri.mdzin

  • FIK - Newbie
  • *
  • Posts: 49
  • Reputation Power:
Re: Kesalahan/Permasalahan ayat Lukas 3:33 dalam bible kristian
« Reply #29 on: May 15, 2014, 07:35:53 PM »
Bodoh!
Septuaginta itu naskahnya disebut Codex Vaticanus!

Yang bodoh itu adalah kamu sebab menafikan fakta. Apabila Septuaginta itu disalin dalam satu naskah makanya ia adalah Septuaginta sebab hanya ada Septuaginta dalam naskah itu. Codex vaticanus adalah satu naskah yang ada Septuaginta dan PB. Justeru naskah Codex Vaticanus yang ada Septuaginta dan PB itu hanya wujud selepas masehi sahaja.
Kamu tidak tahu kenapa Codex Vaticanus itu diberi nama?

Bodoh!

Di Alkitabnya Katolik tidak ada perbedaan.

Yang bodoh itu sememangnya kamu. Apabila kamu ambil satu kitab sahaja maka sememangnyalah tidak akan ada perbezaan. Perbezaan hanya ada apabila dibandingkan dua atau lebih kitab. Dan saya terima jika di dalam kitab katolik ada persamaan antara Lukas 3:33 dan Matius 1:4. Malah dalam beberapa kitab terjemahan seperti King James juga menyebutkan kesamaan antara Matius 1:4 dan Lukas 3:33. Namun kelompok kristian tetap tidak dapat menafikan ayat Lukas 3:33 itu wujud dalam pelbagai versi apabila dilihat dalam beberapa manuskript. Bagi kamu hanya codex vaticanus sahaja yang benar? Codex vaticanus itu adalah juga berstatus manuskript seperti mana manuskript-manuskript yang lain. Justeru bagaimana kamu dapat membuktikan secara pasti bahawa codex vaticanus itu menyamai autographnya dan bagaimana pula kamu membuktikan bahawa manuskript lain pula tidak menyamai autographnya?

Apa yang kamu lakukan adalah kamu hanya menyatakan kepercayaan kamu kepada Codex Vaticanus tetapi kamu tidak mampu membuktikan bahawa yang kamu percayai itu adalah menyamai autographnya.


1. Alquran itu palsu dan dongeng, karena dijiplak dari alkitabnya Kristen sesat, yaitu ebyon dan nestorian.

Pembuktian paling gampang dan sederhana adalah klaim bahwa Musa memakai nama "Allah".

Ini saja sudah membuktikan kesalahan si Muhammad dan Alquran.


Tiada bukti yang dapat kamu kemukakan untuk menyatakan bahawa Nabi Musa tidak memakai nama "Allah". So tiada bukti yang dapat kamu kemukakan untuk menyatakan Al-Quran dongeng ataupun Nabi Muhammad salah.

Bagaimana penganut kristian yang lain khususnya protestan. Apakah kamu bersetuju bahawa bible kamu itu sesat seperti yang dinyatakan oleh St Yopi ini?



2. Septuaginta Codex Vaticanus adalah terlengkap dan tertua.

http://en.m.wikipedia.org/wiki/Septuagint

History

The date of the 3rd century BCE, given in the legend, is confirmed (for the Torah translation) by a number of factors, including the Greek being representative of early Koine, citations beginning as early as the 2nd century BCE, and early manuscripts datable to the 2nd century.

Septuaginta tersebut termuat dalam Codex Vaticanus pada tahun 300 SM.

3. Kekristenan paling awal adalah Katolik, setelah itu pada abad ke 15 mulailah muncul aliran protestan.

Case closed!

Salam

Amat jelas kamu tidak tahu apa yang kamu kemukakan. Bahagian artikel yang kamu kemukakan itu adalah berkaitan dengan zaman di mana Septuaginta itu mula ditulis yang mana ianya adalah terjemahan daripada Torah.

Mari saya perlihatkan kepada kamu bahagian daripada artikel itu yang menyatakan berkenaan Codex Vaticanus. Lihat di bawah.

"Fragment of a Septuagint: A column of uncial text from 1 Esdras in the Codex Vaticanus c. 325–350 CE, the basis of Sir Lancelot Charles Lee Brenton's Greek edition and English translation."

"Relatively complete manuscripts of the LXX postdate the Hexaplar rescension and include the Codex Vaticanus from the 4th century CE and the Codex Alexandrinus of the 5th century. "

Artikel yang kamu kemukakan itu menjelaskan Codex Vaticanus itu wujud antara 325-350 CE atau 4th century CE.